Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, November 25, 2012

Sempena UlangTahun Perkahwinan ke 21 tahun

Hari ini 24hb Nov, 2012 genaplah usia perkahwinan kami 21 tahun. Sepanjang melayari kehidupan sebagai suami isteri, segala suka duka, sedih pilu, susah senang, pahit maung telah kami hadapi bersama dengan tabah dan sabar. 

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Jodoh pertemuan, ajal dan maut ALLAH jua yang menentukan. Semoga kami diberikan kebahagiaan yang berkekalan, diperluaskan rezeki kami, diberikan  kesihatan yang baik, jodoh yang berpanjangan sehingga keakhir hayat...Amin...Amin...Amin... 

21 tahun lalu iaitu pada tarikh 24 Nov 1991..perkahwinan kami diraikan seadanya sahaja..tiada pelamin indah-indah,tiada paluan kompang sambutan bunga manggar dan sebagainya.Benar-benar sederhana dan kos keseluruhan hanya kurang lebih rm5.000 sahaja termasuk kenduri secara gotong royong.


Hantaran cuma naskah Al-Quran,Sejadah dan telekung serta manisan dan barangan keperluan masakan di dapur seperti kelapa,garam,gula,asam..(menurut adat orang Banjar)dan kerana itulah dan juga keberkatan menurut kata orang tua rumahtangga kami bahagia..(Perut suami perlu dijaga sebaik mungkin)..

Perjalanan alam rumahtangga yang kami tempuh bermula ialah kami menumpang sementara tinggal di rumah kakak di RRI Sg.Buluh.(kini LPGM)selama sebulan sebelum menyewa rumah di Kg Melayu Subang.Di situlah bermula kehidupan kami sebenar dimana semuanya kami lakukan bersama.

Dengan pekerjaan aku yang tidak menentu waktu kerana hanya bekerja kilang di Sg Way dan selalu mengerjakan overtime kesabaran isteri amat mencabar mindanya.Alhamdulillah tempoh itu dapat kami lalui dengan ketabahan dan ketenangan biarpun kami hanya mampu menyewa rumah kecil di kawasan kampung.Kenderaan aku ke tempat kerja mempunyai pemandu dengan kerusi yang banyak.Dengan kenderaan itulah seawal pagi mengejar waktu ke tempat kerja,bersesak dan berdiri saban waktu.

Ujian sebenar buat isteriku bermula sewaktu ia ditinggalkan kerana aku perlu bertugas bekerja sambil belajar ke luar negeri di Niigata,Jepun selama 3 bulan pada April 1992.Namun selama 3 bulan itulah ia bertawakal dan sentiasa mengirimkan doa di angin lalu dan sekali sekala aku akan menelefon dari Jepun.Kos panggilan telefon  di Jepun amat mahal waktu itu kerana pada 1992 Malaysia baru bertatih dalam IT,komputer dan internet hanya pada kompeni yang besar-besar sahaja.Telefon bimbit hanya orang yang mampu mengunakannya.Tiada sms,facebook atau apa-apa yang mudah.Hanya poskad dan angin rindu mengubat jiwa.

Waktu berlalu pantas..tahun1993 pada  tanggal 1 Mei 1993 isteriku melahirkan seorang bayi lelaki yang telah diberikan nama oleh neneknya Shaiful Azzam  bermakna Pedang Keazaman.Kami didik ia dengan harapan akan menjadi seorang manusia yang akan sentiasa ingat akan asal usul kejadiannya dimana pegangan dan atikad Iman hanya pada Allah dan Rasul dan kemudian ibubapa serta keluarga di sekelilingnya.Alhamdulillah kini setelah meningkat remaja ia sentiasa ingat akan pegangan ini.

...bersambung 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...