Al-Muawwizatan : Pelindung Insan Secara ‘Borong’
Dunia adalah persinggahan kehidupan yang tidak mutlak. Tidak mutlak kerana adakalanya kita gembira dengan kesenangan dan adakalanya kita sedih atau marah dengan bencana dan ujian.
Bencana dan ujian boleh mengenai manusia pada bila-bila masa. Ianya tidak dapat dijangka dan diduga. Hadirnya selalu mengejut dan tidak diundang. Ianya sukar dikesan persis pepatah melayu yang masyhur “malang tidak berbau”.
Adakalanya bencana datang secara alami seperti banjir, tanah runtuh, panahan petir, ditimpa dahan pokok yang besar dan pelbagai lagi.
Adakalanya malapetaka muncul melalui kejahatan insan yang merompak, membunuh, mencuri, mendengki, mencedera, meragut beg, mengugut dan menyimbah asid!
Bala juga boleh berlaku dalam bentuk sengatan serangga, patukan ular, amukan gajah atau lembu, disondol babi hutan, diterkam sang belang, diserang sekumpulan lebah dan tebuan dan bermacam-macam lagi!
Malang juga sering berlaku atas kecuaian pihak lain. Lihat saja laporan kemalangan jalanraya. Ada penunggang yang dirempuh ketika sedang berhenti di lampu isyarat. Ada yang bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Ada yang ditimpa kecelakaan akibat tayar kenderaan yang tiba-tiba meletup. Ada yang cedera ringan sejurus kemalangan tapi mati akibat dijilat api yang membakar kenderaan. Ada yang dilanggar sewaktu berjalan kaki dan berbasikal. Malah ada juga yang ‘diterjah’ oleh kenderaan sewaktu sedang berehat-rehat di dalam rumah!
Justeru, tidakkah kita terfikir, siapakah yang sebenarnya mampu menjamin keselamatan dalam hidup ini? Adakah teknologi ABS dan airbag benar-benar dapat mengelakkan sebuah kecelakaan? Apakah kenderaan yang meraih anugerah 4 atau 5 bintang Euro NCAP seratus peratus menjamin nyawa pemandu dan penumpangnya? Apakah dengan mengemaskan ikatan helmet di kepala benar-benar memberikan keselamatan penunggang? Apakah tali pinggang hitam yang diraih dalam taekwondo itu dapat menyelamatkan diri terbunuh atau cedera parah? Apakah ‘pak guard’ dan polis peronda benar-benar telah menjadikan kes pecah rumah menjadi sifar?
Ke semua itu bukanlah penjamin keselamatan yang mutlak untuk insan. Ianya tidak lain hanyalah usaha dan ikhtiar bagi mengelak bencana atau meminimumkannya. Ianya adalah sebahagian dari sistem sebab dan natijah yang menjadi sunnatullah di alam ini. Manusia mengusahakan sebab, sementara hakikat natijahnya adalah ketentuan daripada Allah pentadbir alam semesta ini.
Kerana itu, selepas berikhtiar dan mengusahakan sebab, manusia diajar menyerah diri dan bertawakkal kepada Pentadbir alam semesta. Berserah dan bertawakkal ini adalah dengan meyakini bahawa Allah yang melindungi dan memelihara serta mengamalkan doa-doa yang melambangkan penyerahan kepadaNya.
Ada banyak doa dan bacaan yang diajarkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Namun, di antara doa yang pernah diajarkan kepada Rasulullah s.a.w ialah al-Muawwizatan (dua pelindung) iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.
Ianya mudah, ringkas dan percuma. Kebaikannya amat berkesan dan mujarab. Melalui surah ini, insan meminta perlindungan dengan Allah dari sebarang bentuk kejahatan secara borong dan menyeluruh!
Surah Al-Falaq
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)
Katakan (Wahai Muhammad), aku berlindung dengan Tuhan yang menjadikan waktu subuh.
Dari segala bentuk kejahatan yang diciptakannya.
Dari kejahatan di waktu malam apabila ia semakin gelap.
Dari kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembuskan pada tali-tali yang disimpulkan.
Dari kejahatan orang yang hasad apabila ia mendengki.
Surah An-Nas
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)
Katakan (Wahai Muhammad) aku berlindung dengan Tuhan yang menguruskan manusia.
Tuhan yang menjadi raja manusia.
Tuhan yang menjadi sembahan manusia.
Dari kejahatan bisikan syaitan yang menyembunyikan diri.
Yang sentiasa membisikkan kejahatan dalam dada manusia.
(Syaitan itu adalah) di kalangan jin dan manusia.
Renungi makna dan hayati pengajarannya.
Surah Al-Falaq adalah permohonan keselamatan ke atas fizikal dan luaran insan yang melibatkan diri dan pemilikan harta. Sementara An-Nas pula ialah permintaan penjagaan ke atas hati dari bisikan syaitan jin dan manusia yang menyesatkan.
Kedua-dua unsur dalaman dan luaran ini wajar dilindungi. Agar jasad dan pemilikan selamat dari diragut oleh golongan zalim dan cuai. Supaya iman dan hati terpelihara dari anasir-anasir yang membinasakan agama dan akhlak.
Bacalah surah-surah ini sewaktu berpergian, memandu, menunggang, berbasikal, berjalan kaki, sebelum tidur, memasuki hutan, mengunjungi bandar, ketika berseorangan dan seumpamanya. Ianya lambang penyerahan diri kepada Tuhan yang tidak pernah mengecewakan.
Sebarkanlah kebaikan ini kepada yang tersayang. Agar kita semua berkongsi kebaikan dari Tuhan Ar-Rahman.
Sumber*

No comments:
Post a Comment