Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, July 21, 2011

Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?


‘Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?’

Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.
Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.
Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.
Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.
Menurut mereka kebebasan beragama di Malaysia begitu terhad dan mengemukakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah.
Populariti
Surat yang disiarkan secara penuh oleh NGO Aliran itu dialamatkan kepada paderi kanan – Pontiff, dengan salinannya dihantar kepada Archbishop Leopoldo Girelli, yang beribu pejabat di Singapura.
Dalam surat mereka, kumpulan itu berkata tindakan keras ke atas BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini – menyaksikan gabungan 62 NGO berkenaan ditekan dan dihambat oleh pihak berkuasa yang selama ini dikuasai oleh parti politik yang sama dan sekarang diterajui oleh Najib.
Menurut mereka, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mana Gereja Katolik turut bernaung telah mengesahkan hak BERSIH untuk berhimpun dan berarak secara aman yang disifatkan sebagai ‘tuntutan berpatutan’.
Kumpulan itu juga mendakwa Najib bertindak bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, yang mahu konfrontasi dengan penyokong BERSIH dielakkan.
Malah presiden Umno itu juga mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram dan menolak permohonannya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.
Berwaspada
Justeru, kumpulan itu meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib
“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.
Penganut Kristian berkenaan juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.
“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.
“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka.
Selepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.
Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom.Malaysiakini
--------------------------------------------------------------------------------------------
Amat malang Malaysia mempunyai PM yang lebih rela menziarahi Pope,ketua agama Kristian di Vatican.Pasti ada udang disebalik mee lawatan ini kerana setelah mendapat malu bilamana terdapat pendemo di kota London dan juga sambutan yang ala kadar sahaja oleh Britian.Ini adalah kerana kunjungan beliau kali ini terpalit dengan noda dan dosa membelasah rakyat dibawah pemerintahan BN.
Jika PR yang hanya mengunjungi gereja di Malaysia maka riuh rendah puak-puak mereka mengatakan itu ini haram.Ternyata kini Najib sendiri berkunjung ke Vatican City untuk aktiviti bergambar sahaja gamaknya.Apapun hayat pemerintahan Bn kini umpama bernafas dalam lumpur.Menanti sahaja nadinya terhenti dan berkubur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...