Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami di Jepun peringatan Allah kepada manusia !

Kematian dan kemusnahan melahirkan rasa insaf kepada manusia yang masih hidup. Sesungguhnya manusia, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Anas menyatakan anak Adam itu akhirnya akan tua, tetapi ada dua perkara yang kekal, iaitu nafsu dan kehendak yang keras.

Dalam sebuah hadis dari Abu Darda' pula dinyatakan bahawa sekiranya tidak ada tiga perkara, tidak ada anak Adam yang akan menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit dan kematian. Di sebalik tiga perkara itu ada balasan ataupun hikmahnya.

Kematian dan kemusnahan sewajarnya menjadi renungan kepada manusia yang masih hidup. Setiap orang perlu mengambil iktibar daripadanya. Rasulullah menyuruh agar setiap orang yang beriman itu menziarahi kubur-kubur. Dengan berbuat demikian, ia akan memberi peringatan akan kehidupan di akhirat.

Baginda juga menyuruh agar setiap orang itu mengendalikan mayat, mandi, mengkafan dan juga mengurus jenazah di kubur, kerana sesungguhnya mengurus jasad orang yang mati itu merupakan nasihat atau peringatan yang mendalam.

Sembahyangkan jenazah kerana dengan berbuat demikian ia akan melahirkan rasa insaf diri. Orang yang sedih itu sentiasa dalam naungan Allah dan akan memperoleh kebajikan.

Memikiri tentang kematian dan kemusnahan itu melahirkan rasa insaf diri. Membuktikan bahawa setiap yang hidup itu akan musnah dan mati. Hanya masa sahaja yang menentukan. Setiap sesuatu yang berada di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya zat Allah, Yang Maha Agung lagi Mulia (ar-Rahman: 26).

Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, biarpun kamu berada dalam benteng yang kuat dan begitu kukuh. (An-Nisa': 78).

Hasil daripada pemerhati kemusnahan dan kematian, apatah lagi dengan merenung kemusnahan tsunami baru-baru ini manusia yang berakal dan berupaya menggunakannya untuk berfikir akan mengingsafi bahawa Allah itu adalah zat yang agung lagi perkasa yang tidak ditandingi oleh sesuatu, Dialah Pencipta yang menghidupkan lagi mematikan.

Urusan Allah itu, apabila Ia hendak sesuatu itu berlaku, Ia memerintahkan dengan firmannya: Jadilah! Maka akan berlakulah. Dalam keadaan seumpama ini, setiap orang perlu sentiasa berwaspada, bahawa semuanya boleh berlaku di luar dugaan atau jangkaan manusia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...