Muhyiddin bidas kerajaan pembangkang tidak bawa kemajuan
MIRI 21 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu kerana gagal memajukan negeri yang ditadbir menyebabkan rakyat tidak menikmati kemajuan dalam erti kata sebenar.
Beliau berkata, hasil lawatannya ke beberapa negeri berkenaan baru-baru ini juga mendapati, mereka masih gagal untuk melaksanakan program pembangunan walaupun telah lama diberi mandat oleh rakyat.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri pembangkang hanya lebih banyak berpolitik dan tidak mempunyai agenda tertentu terutamanya dalam soal membangunkan negeri mereka.
Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih banyak berusaha untuk membangunkan rakyat dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal politik.
``Bukan soal politik yang kita terlalu berikan perhatian walaupun tidak dinafikan politik itu penting. Kita hanya mahu dekat dan terus berdamping dengan rakyat,'' katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini.
p/s :Wak rasa TPM nih x pernah jalan2 ke Selangor tak..zaman Dr.Tempe dan zaman TS Khalid....Selangor memnag dah maju pun..dia x nampak or x pernah jalan ke Klang yang sesak gila pasal nak buat Flyover..Inilah pemimpin yang hanya bercakap merapu atau hanya dengar berita terus keluar kenyataan tanpa memeriksa kebenaran yang hakiki..
No comments:
Post a Comment