mengarahkannya supaya membayar RM11 juta kerana menipu 354 peneroka
sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari
Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima
keputusan mahkamah tersebut.
Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia,
telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara
enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang
bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan
keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam
penghakiman lisannya.
Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli
Ahmad Makinuddin.
Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat
antara RM25,000 dan RM30,000.
Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan
Daud dan Yusfarizal Yusoff.
Sumber -Utusan Online
p/s : Keadilan jika diperjuangkan biarpun sipenipu ke liang lahat akhirnya kejayaan akan terserlah jua..Mereka ingat jika dah masuk ke penginapan kekal tu semua akan berakhir..tapi manusia mudah lupa segala aktiviti kita di dunia akan diperkira dan dihisap Oelh Ynag Maha Berkuasa..Subbhanallah..
No comments:
Post a Comment