PERANG GERILA SIBER
GERILA POLITIK SIBER
Ramai pembaca kurang faham atau tidak bagitu jelas bahawa kita – dunia yang kita diamai ini – telah memasuki apa yang dipanggil zaman pasca moden. Zaman Pascamoden ini memberi makna bahawa kita telah melintasi Zaman Moden. Ribuan tahun dahulu umat manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Besi, Zaman Gangsa – kemudian masuk ke Zaman Moden. Kini kita beralih dari Zaman Moden ke Zaman Pascamoden.
Apa itu pascamoden? Pasca ertinya sesudah. Ertinya kita sekarang sudah selesai dengan zaman moden. Kalau dulu kita moden. Kini kita semua telah melintasi moden dan meninggalkan moden.
Untuk memahami apa itu pascamoden kita wajib melihat apa pola-pola dan apa ciri-ciri dalam pasca moden. Contohnya: kita kenal kueh gulung melalui tepong yang bergulung dengan inti kelapanya yang manis. Kita kenal kueh karipap dengan bentuk, isi dan rasanya. Bagitu juga dengan pascamoden. Untuk mengenal pascamoden kita wajib mengenal bentuk, isi dan rasanya.
Salah satu tanda moden ialah media. Dizaman batu tak ada radio, akhbar dan tv. Kemajuan teknoloji moden melahirkan radio, talipon dan tv. Dizaman moden kita mula berhubung antara satu sama lain dengan membaca akhbar dan buku atau mendengar radio. Semua ini alat berhubungan moden. Dalam zaman pascamoden alat berhubung semakin canggih mara ke hadapan.
Dalam zaman pascamoden kita ada sistem internet. Kalau dulu hanya polis sahaja yang ada alat ‘ wireless’ untuk berhubung jarak jauh. Kini kita semua - setiap sosok - boleh memiliki talipon bimbit tanpa dawai.
Salah satu isi pascamoden ialah kemunculan imej sebagai unsur yang amat penting. Imej ini boleh berkahwin dengan alat komunikasi yang canggih – kamera, kamera video atau alat rakaman pandang dengar. Ini dibantu oleh sistem komputer dengan talian internet yang membolehkan kita mencari imej, menyimpan imej dan membuat imej. Semua imej dari zaman berzaman membawa tanda dan makna. Dalam zaman pascamoden imej menjadi tanda wujudiah yang utama.
Salah satu lagi tanda penting untuk zaman pascamoden ialah berakhirnya monopoli daulah terhadap media. Monopoli daulah mengkontrol media berakhir bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia – dimana ada internet - maka disitu akan muncul media baru.
Untuk senang cakap: di Malaysia ini tandanya bahawa kita telah memasuki zaman pascamoden ialah apabila orang ramai – rakyat Malaysia - tidak lagi ambil pot dengan RTM, Tv3, Utusan atau New Straits Time. Media baru yang lahir dalam zaman pascamoden tidak mungkin lagi dikongkong. Media dan imej dari media tidak hanya dibuat, dimunculkan atau dimiliki secara monopoli oleh United Malays National Organisation.
Ini bermakna - zaman pascamoden telah membebaskan kita dari dijajah oleh RTM, Tv3, Astro atau kumpulan Utusan atau kumpulan Media Prima. United Malays National Organisation tidak lagi memiliki monopoli dalam hal pemberitaan. Kita tidak lagi dipaksa untuk mendengar berita dari RTM sahaja. Zaman RTM, Tv3 atau Astro telah berakhir.
Pascamoden memastikan parti Ketuanan Melayu ini tidak mungkin dapat mengawal isi berita. Parti Ketuanan Melayu tidak mungkin dapat kontrol cara orang ramai berkomunikasi. Internet telah membunuh monopoli maklumat yang selama dikawal oleh United Malays National Organisation.
Kalau dulu ahli falsafah Peranchis Rene Descartes ( 1596-1650) berkata : Aku berfikir justeru aku wujud. Hari ini saya berkata : Aku berinternet maka aku wujud.
Saya menulis tentang pascamoden dan internet ini untuk menerangkan kepada para pembaca bahawa pertempuran politik untuk merebut kuasa dalam PRU13 ini sedang berlaku hebat dialam maya. Pertempuaran panas dan membara dalam alam maya ini ialah untuk mencari pengaruh. Untuk mendapatkan sokongan. Semua bertujuan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
PRU13 ialah pertempuaran alam maya yang maha hebat. Saya ulangi sekali lagi bahawa perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca harta harta kekayaan negara. Politik dan kuasa tidak akan lari dari punca harta kekayaan.
Parti mana yang akan memiliki kuasa – maka parti itu – akan memiliki kunci untuk menjaga dan mengawal punca dan sumber harta kekayan dalam negara kita ini. Asas politik ialah ekonomi. Ekonomi ialah harta kekayaan. Yang selainnya – yang selalu diheboh-hebohkan – hanyalah kempen dan propaganda mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan orang ramai.
United Malaya National Organisation mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan orang ramai melalui ajenda Ketuanan Melayu. Parti Pas mengolah persetujun dengan agama Islam. DAP mengolah persetujuan dengan hak masyarakat China. PKR mengolah persetujuan dengan cita-cita untuk menubuhkan pentabiran baru yang bersih dari rasuah. Perkasa dan BTN mengolah persetujuan dengan menjadikan China musuh orang Melayu. Di belakang semua ini ialah keinginan semua parti-parti politik untuk memiliki kuasa.
Justeru, saya yakin para pembaca telah faham apa itu pascamoden. Pembaca telah tahu apa tujuan politik. Pembaca telah sedar bahawa United Malays National Organisation tidak lagi boleh memonopoli apa yang kita baca, apa yang kita lihat dan apa yang yang kita dengar. Maka mari kita lihat bagaimana dalam pascamoden imej sedang bertempur untuk mengolah persetujuan orang ramai . Imej sedang dibentuk dan sedang direka untuk mengolah persetujuan.
Askar dan tentera siber milik United Malays National Organisation telah ditubuhkan. Dari segi jumlah, dari segi kelengkapan, dari segi dana, dari segi sokongan media tradisional – askar siber parti Ketuanan Melayu ini cukup besar. Berpuluh kali ganda besarnya jika dibandingkan dengan pejuang siber yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.
Tetapi dalam perang siber yang amat sengit ini amat jelas kelihatan bahawa pejuang siber yang menyokong garis kasar politik Pakataan Rakyat lebih kuat, lebih ampoh dan lebih berjaya. Mereka sedang berjaya mengkemudikan garis dan arah politik terkini. Bila mereka bergendang maka United Malays National Organisation terpaksa menari. Kenapa agaknya berlaku bagini?
Perang adalah penyambungan perbincangan yang tidak dapat diselesaikan. Perang berlaku apabila berbincang gagal. Perang siber juga tidak lari dari falsafah ini. Strateji perang siber tidak jauh bezanya dengan strateji perang anti kolonial di Vietnam, di Angola atau di Afghanistan.
Tentera Amerika – yang terkuat dalam dunia – kalah di Vietnam pada thun 1974. Tentera Portugal kalah di Angola pada tahun 1975. Tentera penjajah Sepanyol dikalahkan oleh Fidel Castro dan Che Geuvera pada tahun 1959. Apakah dia rahsia kekuatan yang berjaya mengalahkan bala tentera yang lebih besar, lebih lengkap dengan senjata dan memiliki dana yang lumayan?
Jawabnya cukup senang. Semua kuasa bala tentera kolonialis dan imperialis ini dikalahkan oleh gerila. Hanya perang gerila sahaja yang dapat mengalahkan kuasa imperialis Amerika di Vietnam. Apa sangkut pautnya pekara ini dengan PRU13 kita?
Dalam PRU13 ini pejuang siber Pakatan Rakyat sedang bergerak sebagai gerila. Bergerak tanpa tersusun. Mereka adalah organisasi tanpa bentuk. Mereka adalah kesatuan tanpa bersatu. Mereka menyerang apabila dilihat ada peluang. Dalam straterji gerila: Serang apabila musuh undur – undur apabila musuh menyerang.
Gerila siber Pakatan Rakyat tidak memerlukan Pemimpin Pusat, tidak memerlukan pejabat, tidak memerlukan ‘command control’. Tidak ada sturuktur. Mereka adalah gerila siber yang autonom. Setiap gerila adalah jeneral. Setiap gerila ada komander. Setiap gerila adalah pribet. Setiap gerila berinisiatif sendiri. Menyerang tanpa di suruh. Berehat tanpa meminta.
Paling mustahak kekuatan gerila Vietnam yang mengalahkan kuasa imperial Amerika pada tahun 1975 ialah akidah. Gerila Vietnam berjuang dengan akidah memerdekkan Vietnam – tanah air mereka. Gerila Vietcong bukan makan gaji. Bukan bergerila kerana diupah. Gerila Vietnam memiliki idealoji dan pandangan dunia untuk mewujudkan negara Vietnam yang merdeka. Manakala tentera Amerika dipaksa datang berperang. Mereka makan upah. Justeru, idealoji dan pandangan dunia ialah kekuatan induk yang tidak dapat dikalah oleh bala tentera Amerika.
Falsafah gerila Vietnam ini sedang diambil pakai oleh para pejuang gerila siber Pakatan. Mereka tidak diketahui nama dan rupa. Tidak ada pejabat. Mereka tidak dibayar gaji bulanan. Mereka menyerang dengan pegangan idealoji untuk mendirikan Malaysia yang bebas dan merdeka dari United Malays National Organistion.
Ditahap ini ada kersatuan dan pemusatan cita-cita dan akidah. Mereka menjadi gerila siber untuk menjatuhkan United Malays National Organisation. Dalam satu barisan yang ampoh – dalam satu barisan bersatu yang di galang – gerila ini sedang menyerang United Malays National Organisation.
Apakah yang saya lakar ini betul? Atau saya melebong? Dalam zaman pacamoden ini kesahehan apa yang saya katakan ini hanya boleh dibuktikan dengan memahami imej dalam dunia siber yang terkini.
Imej porno terkini yang ditaja oleh United Malays National Organisation seminggu dahulu kini sedang meleset. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menjadikan imej ini ‘hot dan viral’. PDRM telah membantu mewar-war imej porno ini. Ketua polis telah mengeluarkan amaran agar klip ini jangan disebar. Sebenarnya ini bertujuan untuk mengiklankan klip ini.
Suku sakat dan kaum kerabat Kumpulan Utusan dan Media Prima juga telah tunggang terbalik cuba mempromo dan berkempen tentang klip ini. Semuanya meleset. Klip ituTIDAK viral. Dalam dunia siber, dalam perang siber jika TIDAK viral maka ertinyaTIDAK ada siapa ambil pot tentang klip itu.
Saya juga wajib memberi tahu bahawa dalam zaman pasca moden jika imej itu tidak cool dan tidak counter culture atau tidak punk besar kemungkinan imej itu akan lenyap dalam alam maya. Dizaman pascamoden klip porno bukan satu yang memeranjatkan. Dalam zaman pascamoden TIDAK ada lagi yang memeranjatkan.
Justeru ditahap ini gerila siber yang autonom, organisasi tanpa bentuk sedang menjalar dan menunggu masa untuk TERKAM United Malays National Organisation jika parti Ketuanan Melayu ini menipu dalam pilihan raya.(TT)
No comments:
Post a Comment