"Semoga setiap amal ibadah yang kita laksanakan mendapat barakah daripada
Allah SWT.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Umur yang panjang
tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Ilmu yang banyak tidak membawa
erti tanpa ada keberkatan. Ibadah yang memenatkan tidak membawa erti
tanpa ada keberkatan. Kediaman yang besar tidak membawa erti tanpa ada
keberkatan. Manusia yang memiliki apa yang dia mahu tidak membawa erti
tanpa ada keberkatan.
Apa itu berkat?
Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu Barakah. Dan pekerjaan
'mengambil berkat' pula dikenali sebagai Tabarruk. Tetapi ianya bukan
berkat sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Jawa iaitu nasi kenduri
yang dibawa pulang sebagai bekalan.
Berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Ar-Raghib
al-Asfahani mendefinasikannya sebagai "al-Barakah: Thubutul Khairi
al-Ilahi Fis Syai'". Ertinya: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan
yang dilimpahkan oleh Allah di dalam sesuatu.
Jenis Berkat:
1. Berkat dalam pelajaran:
i. Sedikit yang dipelajari tetapi membuahkan lagi ilmu-ilmu yang
lain.
ii. Ilmu membuahkan amal.
iii. Ilmu merangsangkan lagi untuk kuat beribadat.
iv. Ilmu dikembangkan pula untuk orang lain.
2. Berkat dalam amalan/ibadat:
i. Terasa manis dalam ibadat.
ii. Berterusan dalam ibadat.
Berkat pada tempat:
i. Masjidil Haram, Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa.
ii. Padang Arafah.
iii. Multazam, Safa dan Marwa, Maqam Ibrahim, Telaga Zam-Zam dll.
4. Berkat pada masa:
i. 1/3 malam terakhir.
ii. Antara azan dan iqomah.
iii. Antara azan Jumaat dengan selesainya khutbah.
iv. Bulan Ramadhan terutamanya pada 10 hari terakhir.
v. Saat melakukan ibadah haji seperti saat wuquf dan sebagainya.
5. Berkat pada rezeki/makanan:
i. Sumbernya halal.
ii. Sedikit tapi cukup.
iii. Dengannya kita mampu biayai keluarga.
iv. Rezeki menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah.
v. Menyemarakkan lagi semangat untuk beribadat.
6. Berkat pada usia:
i. Usia dimanfaatkan untuk menegakkan syiar Islam.
ii. Usia pendek tetapi mendatangkan jasa besar.
iii. Usia itu memenuhi matlamat mengapa kita berada di dunia ini.
7. Berkat pada sesebuah majlis:
i. Dalam majlis tersebut tiada unsur-unsur yang haram.
ii. Tenang berada di dalamnya.
iii. Kebaikannya berpanjangan.
iv. Tidak membebani mana-mana pihak.
8. Berkat pada manusia:
i. Menjaga kehormatan diri.
ii. Sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan.
iii. Orang lain menyukainya.
9. Berkat pada perniagaan:
i. Modalnya daripada sumber yang halal.
ii. Tidak melalaikannya daripada menunaikan ibadat solat, puasa
dan sebagainya.
iii. Memperolehi keuntungan dengan cara yang baik dan tidak menipu.
iv. Mengeluarkan zakat perniagaan.
v. Perniagaan tersebut boleh membantu masyarakat.
10. Berkat pada kehidupan:
i. Syukur atas nikmat yang diterima.
ii. Belanja harta pada jalan Allah.
iii. Berusaha dapat rezeki yang halal.
Ikhlas dalam amalan.
No comments:
Post a Comment