Kemudian , Ia sempurnakan (kejadian)nya, dan Ia tiupkan padanya sebahagian dari rohNya . Dan Ia jadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan dan hati (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.
(As-Sajdah 32:9)hadis Nabi saw yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”
(Hadis riwayat Buhari)
jelas firman ALLAH swt dan sabda nabi junjungan besar kita muhammad saw di atas
bahawa asal kejadian kita adalah bersih
dan hati itu adalah pinjaman daripada ALLAH swt kepada kita untuk dijaga
kita tidak sedar bahawa hati itu adalah amanah yang mesti kita jaga supaya sentiasa bersih
seperti permulaan ALLAH swt berikan kepada kita semasa kita masih bayi
kita sendiri yang mengotorkan hati yang dipinjamkan oleh ALLAH swt kepada kita
jadi sebelum pintu taubat tertutup
kita hendaklah menjaga kebersihan hati dengan sentiasa mengingati ALLAH swt
kerana hati yang bersih sahaja mendapat ketenteraman daripada ALLAH swt
umpama orang memberikan kita pinjam sesuatu barang
adakah kita hendak memulangkan barang itu dengan keadaan yang rosak atau kotor
dan pasti orang itu kecewa atau marah
kerana kita tidak menjaga amanah dengan elok
hadis Nabi saw yang bermaksud:"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik ,maka baiklah seluruhnya (jasad) .Apabila ia buruk maka buruklah seluruhnya .Ketahuilah seketul daging itu adalah hati."
(Hadis riwayat Buhari)
hadis Nabi saw yang bermaksud:"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik ,maka baiklah seluruhnya (jasad) .Apabila ia buruk maka buruklah seluruhnya .Ketahuilah seketul daging itu adalah hati."
(Hadis riwayat Buhari)
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
(Al-Israa' 17:44)"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Al-Baqarah 2:129) Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
(At-Taubah 9:108) "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf 12:53) wallah hualam
inshaallah ...
No comments:
Post a Comment