FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.
PEMBANGKANGAN ADALAH CARA POLITIK BARAT MERUPAKAN FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.
Amalan pemimpin dan rakyat di zaman Saidina Abu Bakar Assiddik dan di zaman Saidina Umar Alkhattab adalah yang terbaik dan bercirikan sistem Islam sepenuhnya. Amalan agama dan politik di zaman inilah yang terbaik satelah tamat zaman Rasulullah saw. Ini di benarkan oleh Hadis Sahih Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw, “Sebaik-baik kamu (Umat islam) ialah mereka yang berada dizamanku, kemudian yang berikutnya (Zaman Abu Bakar) kemudian yang berikutnya (zaman Saidina Umar ra).- Hadis Sahih Muslim.
Jadi apa yang yang dikatakan oleh puak Ihkwanul Muslimin Mesir bahawa segala amalan dan perkataan Khalifah empat adalah lapuk dan tidak sesuai pada zaman moden adalah salah, kerana Rasulullah saw memeberi pertunjuk yang berlainan.
Puak Ikhwanul Muslimin itu berkata demikian supaya mereka boleh menjadi pembangkang, kerana jika mengikut kaedah Khalifah Arrasyidin pembangkang ini tidak ada dan tidak pernah dipraktikkan oleh khalifah Arrasyidin dan khalifah atau pemimpin yang dipilih berkuasa seumur hidup (Khalifah/Sultan). Pembangkangan adalah fitnah besar dalam sistem politik Islam. Kita lihat apa kata Saidina Umar ra tentang politik pembangkang,
Daripada Khuzaifah ra katanya, “Pada suatu ketika kami berada bersama Umar, lalu dia bertanya, “Siapakah diantara saudara-saudara yang hafal Hadis Rasulullah saw mengenai fitnah sebagaimana yang pernah disabdakan beliau?
Jawabku, “Aku”.
Kata Umar “Engkau sungguh berani !.Bagaimana sabda beliau?”.
Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Fitnah seorang laki-laki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak bersembahyang, tidak bersedekah, tidak mahu menganjurkan yanh makruf (kebajikan) dan mencegah yang mungkar”.
Kata Umar, “Bukan itu yang aku maksudkan, tetapi ialah huruhara yang menggelora bagaikan gelombang lautan”.
Jawabku, “Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu !, Ya Amirul Mukminin !, Kerana antara anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat”.
Tanya Umar, “Apakah pintu itu dipecahkan orang atau dibuka orang”?.
Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang”.
Kata Umar, “Kalu begitu patutlah pintu itu tidak lagi dapat dikunci untuk selama-lamanya”.
Kami bertanya kepada Khuzaifah. “Tahukah Umar pintu yang mana”. Jawab Khuzaifah, “Ya !, saperti yang diketahui oleh Umar pada malam besok hari”.-Hadis Sahih Muslim.
Pintu yang diperkatakan oleh Khuzaifah dan Khalifah Umar ra itu ialah kematian Umar ra pada malam besoknya. Pada malam besoknya Umar dibunuh ketika menjadi imam bersembahyang oleh seorang Majusi. Selepas kematian umar ra beliau di ganti oleh Saidina Uthman bin Affan, dan di zamannya terjadilah pembangkangan politik sehingga terjadi pemberontakan dan mengakibatkan Saiidina Uthman terbunuh.

Kematian Umar menjadi pemisah kepada dua zaman yang berlainan. Iaitu dimana zaman Abu Bakar ra yang tidak ada pembangkangan politik dan begitu juga di zaman Umar ra. Di zaman Uthman ra dan zaman Ali kw terjadi pembangkangan politik, ia membawa banyak fitnah dan huruhara. Terjadi hasil dari pembangkangan politik itu.
Pembangkangan ini pula bukanlah dibuka atau ditaja atau direstui oleh khalifah yang memerintah saperti mengadakan pemilihan semula khalifah dan sebagainya, walaupun ada umat Islam yang menyuruh Saidina Uthman meletak jawatan. Jika Saidina Uthman bersetuju meletak jawatan, maka pemilihan semula berlaku dan ini adalah pembangkangan yang dibuka. Demikian juga di zaman Saidina Ali, beliau tidak mengadakan parti pembangkang, tetapi beliau tetap ditentang oleh Muawiyah, dan ini juga tidak ditaja oleh umat Islam. Tetapi dipecahkan dan diusahakan oleh Muawiyah.
Kata Saidina Umar pintu fitnah pembangkangan ini tidak dapat ditutup selama-lamanya. Kerana itulah ada sahaja pembangkangan politik yang akan berlaku. Ianya dapat dikawal, tetapi tidak dapat dihapuskan sama sekali. Lebih-lebih lagi amalan politik Barat yang mewajibkan ada parti pembangkang menjadi amalan seluruh dunia, termasuk negara-negara Islam.
Apabila Saidina Umar ra di lantik menjadi Khalifah, beliau berucap di khalayak ramai. Antaranya kata beliau, jika aku tidak betul maka luruskanlah aku. Maka bangun seorang dengan pedangnya berkata jika engkau tidak betul akan diluruskan dengan pedang. Ini menunjukkan semangat penentangan itu telah bertapak se awal-awal zaman khalifah lagi. Saidina Umar tidaklah menyuruh umat Islam bertindak sekeras itu, ia bermaksudkan ingatkan dirinya.
Adalah tidak beradab mengangkat pedang di hadapan seorang Khalifah dan dijamin syurga pula oleh Rasulullah saw. Tindakan dengan pedanglah yang membawa padah kepada Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kw.
Malah pembangkangan ini juga telah timbul di zaman Rasulullah lagi apabila seorang yang berjanggut lebat, mata cekung dan dahinya menjorok menegur Rasulullah supaya baginda takut kepada Allah swt. Ini adalah salah, kerana Rasulullah saw tidak perlu di ingatkan oleh manusia tentang hal ehwal agama, tetapi boleh memberi pandangan tentang hal ehwal adat dan cara dalam hal-hal keduniaan. Ini kerana dia sentiasa dalam peliharaan Allah dan tidak mungkin melakukan maksiat dan melakukan kesalahan dalam hal agama. Jika ada kesalahan kecil dalam tugas, maka Allah swt sendiri meluruskannya.
Pernah berlaku Rasulullah saw meninggalkan seorang buta dan menghadap seorang bangsawan Quraisy apabila keduanya datang bertanya mengenai agama Islam. Allah swt menurunkan ayat Alquran menegur Baginda Rasulullah saw.
Dalam kes ini, manusia berjanggut tersebut adalah manusia biadap dan mempunyai sikap keterlaluan. Di mana manusia saperti inilah yang meniup semangat penentangan (pembangkangan) terhadap para pemimpin dan akhirnya lahirlah militan yang bersemangat saperti dirinya.dan menjadi pengganas dunia. Malah setengah dari mereka membunuh orang Islam dan para pemimpin negara Islam yang tidak bersetuju dengan cara mereka. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Linya, Iraq dan beberapa negara Islam yang bergolak.
Dalam zaman di mana amalan demokrasi bebas Barat ini berleluasa maka pembangkangan pun dibenar diamalkan dengan meluas dan merata tanpa mengingat lagi bahawa politik pembangkang ini tidak ada dalam kamus politik Islam. Amalan yang ditiru dari Barat ini menyebabkan politik umat Islam sentiasa tidak tenteram hasil asak mengasak antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Fitnah ini tidak akan membuah kebaikan. Bagi Barat sistem ini memberikan menfaat kepada mereka dengan memecah kecilkan umat Islam.
Lagi pun Rasulullah saw pernah bersabda ada tiga zaman terbaik iaitu zamannya, zaman Abu Bakar dan zaman Umar. Tidak ada zaman terbaik yang keempat. Sekarang ini negara demokrasi masih berada diatas landasan sunnah politik Islam, iaitu pemimpin dipilih. Ada jejak-jejak kenabian walaupun tidak sepenuhnya sunnah, kerana zaman nabi saw tidak ada pembangkang dan Rasulullah saw sendiri tidak mendaftarkan parti pembangkang.
Begitu juga di zaman Abu Bakar ra dan Umar ra, tidak ada pembangkang walau pun Abu Bakar tidaklah sebaik Rasulullah saw dan Umar pula tidaklah sebaik Abu Bakar. Sistem politik yang mewajibkan ada pembangkang menjadi perbezaan antara amalan politik demokrasi kini dengan demokrasi Rasulullah saw dan para sahabat.
Namun pembangkangan ini telah terjadi dan tidak akan berhenti. Manusia memang makhluk yang suka membangkang tanpa usul periksa. Di zaman terbaik Islam itu, pemimpin dipilih dan pembangkang tidak ada atau tidak dibuka. Mereka mengamalkan syura iaitu nasihat dan berbincang. Di zaman kita sekarang ini pemimpin juga dipilh tetapi pembangkangan berlaku dan dibuka pula. Di sesetengah negara Islam pembangkangan yang dibuka secara dekmorasi telah beralih menjadi pembangkangan bersenjata saperti Di Indonesia dan Algeria.
Inilah perbezaan Sunnah Pemerintahan Islam di zaman terbaik Islam dengan Sunnah Pemerintahan Islam sekarang ini. Pemerintahan kini telah kembali mengikut jejak kerasulan iaitu pemimpin dipilih dan bukannya lagi warisan saperti yang berlaku dalam pemerintahan monarki iaitu pemerintah beraja. Namun perpecahan telah terjadi akibat di buka pintu bangkangan (pembangkang).

Di zaman Saidina Uthman ra, banyak orang Islam yang suka memburuk-burukkan beliau. Ubaidullah bin Umar yang diampunkannya kerana membunuh juga sangat kuat mengkeritik beliau. Kerana terlampau banyak orang bercakap tentang politik dan membangkang inilah terjadinya pemberontakan dan Saidina Uthman dibenci langsung dibunuh. Zaman bagindalah bermulanya fitnah dalam pemerintahan.
Di zaman Saidina Ali, pembangkang politik bertukar menjadi pemberontakan. Pemberontakan ini diketuai oleh Muawiyah. Semasa berperang dengan Saidina Ali, kuasa politik negara Islam tidak berkembang lagi saperti di zaman Umar ra. Muawiyah terpaksa berdamai dengan tentera Rome dan membayar sejumlah wang yang banyak. Tenaga umat Islam masa itu digunakan untuk memusnahkan sesama sendiri.
Pembangkang Muawiyah adalah orang yang bertanggung jawab diatas kejadian dan fitnah yang buruk itu. Saidina Ali ra tidaklah boleh disalahkan. Ini kerana Saidina Ali adalah orang terjamin syurga dan digelar "Pintu Ilmu" sementara Muawiyah tidak ada kelebihan sedemikian. Mencegah negara Islam dari mempunyai dua khalifah adalah tugas khalifah awal dilantik.
Semasa Muawiyah masih kecil, beliau sedang tidur di riba Nailah, kakaknya, dan Rasulullah saw berkata “Engkau sayangkah kepada adik engkau itu, sesungguhnya dia akan menjadi orang besar islam seluruhnyanya”. Setelah dewasa Muwawiyah berkata, “Perkataan itulah yang aku selalu ingat”. Rupanya percakapan Rasulullah saw menyebabkan Muawiyah mempunyai niat kepada politik yang kuat, sehingga sanggup berperang dengan "pintu ilmu" itu, iaitu Saidina Ali kw.
Muawiyah sepatutnya mengerti apabila Rasulullah berkata sesuatu perkara, tentu akan terjadi. Jika beliau tidak berperang dan tidak meminta pangkat sekalipun beliau tetap akan menggantikan Saidina Ali kw disatu hari nanti. Jika beliau taat kepada Ali maka beliau tetap akan dilantik oleh umat islam kerana pada ketika itu beliau sahajalah ahli politik yang bijak. Namun begitu beliau mengambil keputusan berperang untuk mendapat kuasa. Jadi terpaksa melangkah seratus ribu nyawa atau lebih.
Segeralah bersatu untuk membangunkan sistem pemerintahan Islam.
Semoga bermenafaat
tulisan zabada

1 comment:
Ramai yang menyokong Ikhwanul Muslimin dan hanya sedikit yang mengutuk/menidakkan IM.
Post a Comment