Assallamualaikum W.B.T...Sempena ulangtahun kelahiran dan juga ulangtahun perkahwinan ...
Wahai Isteriku,semoga Allah sentiasa merahmatimu..pesanan ikhlas daripada abang untuk dirimu yg bergelar isteri kepada seorg lelaki bergelar suami selama 20tahun ini dan Inshaallah selamanya hingga ke Akhirat..
Sayangku,sesungguhnya....semakin meningkat usia kita,maka semakin dekatlah kematian akan menjemput kita dan semakin jauhlah kita drpd masa lampau kita.
Semakin bertambah usia kita,maka semakin bertambahlah juga amanah dan tanggungjawab kita terhadap suami,isteri,anak-anak ,keluarga,jiran,rakan-rakan,saudara-mara dan kaum muslimin serta muslimat...
Semakin bertambah usia kita,maka semakin banyaklah catatan amalan drpd malaikat Rotib dan Atiq..Maka sekiranya usiamu bertambah tetapi amalan dan ilmu tidak bertambah maka sia-sialah dan bertambah jauh kita drpd Allah...
Demikian lah itu isteriku..Jagalah beberapa perkara ini agar seiring dgn usiamu..
-Perbanyakkanlah mengingati Allah dgn berzikir setiap helaan nafas kerana dgn mengingati Allah hidupmu pasti Qona'ah.
-Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan menghayati maknanya kerana Inshaallah hidupmu akan mendapat barakah dan panduan hidayah.
-Perbanyakkanlah solat sunat dan doa agar kebahagiaan rumahtangga ini berkekalan hingga ke Akhirat
-Perbanyakkanlah selawat keatas nabi S.A.W dan menuruti sunnahnya,hidupmu Inshaallah akan selamat dan tidak tersesat drpd hidayah Allah.
-Perbanyakkanlah patuh dan setia serta taat kepada suamimu,kerana kau adalah amanah Allah buatnya,kerana dgn kepatuhanmu seperti itu akan membahagiakanmu sampailah ke Jannah.
-Perbanyakkanlah mendidik dan menasihati anakmu dengan syariat Allah kerana anakmulah yang akan mendoakan kesejahteraan di alam kubur nanti.
"Ya Allah,jadikanlah hubungan kami suami isteri hubungan yg sentiasa saling mesra,indah dan tegur menegur.yang melahirkan kebahagiaan mawaddah wa rahmah,di dunia dan di yaumul qiamah,agar kami dapat memasuki syurga JannahMU ya ALLAH"
Semoga dikau diperpanjangkan usia dan dipermurahkan rezeki dan dengan bertambahnya usia bertambahlah iman dan amalan utk mendekatkan diri kepada Robbul Izzati dan Rasullullah S.A.W yang dirindui.
"SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN DAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 20."..
20 Thn sayangku...Inshaallah hingga ke akhir nanti..
1 comment:
sweet
Post a Comment