Berita berkaitan..
Masa wak kecik-kecik dulu lingkungan umur 9-10 tahun,wak amat gemar membaca novel-novel kisah-kisah hantu dan Jin..yang amat wak suka ialah Bercakap dengan Jin karangan Tamar Jalis kalau tak silap.Penulis ini amat berhati-hati menulis dana seringkali menasihatkan pembaca supaya mengingatkan kepada kekuasaan Allah yang sebenarnya dan tidak mempercayai kekuasaan hantu,jin dan syaitan.
Kini media-media terutama media elektronik pro kerajaan dilihat begitu rancak dan seperti lebih mengalakkan lagi budaya mempercayai hantu,jin dan syaitan supaya memrpercayai dan mengakui kekuasaan mereka.Sememangnya Jin dan Syaitan ini wujud di alam ghaib,akan tetapi sekiranya kita lebih mempercayai kekuasaan Allah mengatasi segalanya hijab yang Allah bentang anatar alam manusia dengan Jin dan Syaitan tidak akan terungkap dengan sewenang-wenangnya.
Kini berita terbaru pulak mempercayai adanya alien atau makhluk asing di ruang angkasaraya dan ada ura-ura dari pihak tertentu supaya wujudkan satu sistem atau kumpulan yang akan mengkaji kewujudan makhluk asing dan melantik pulak orang Malaysia jadi ketuanya..Bercakap dengan Jin..Hebat orang Malaysia..orang putih pun respek habis keupayaan orang kita..Memang patutpun..lihat drama-drama hantu di tv masa raya tadi sememangnya tidak dinafikan kehebatan orang kita perihal hantu-hantu dan makhluk asing ni..Berjaya merosakkan minda anak-anak kecil dan keimanan mereka..Apalah nak jadi 1 Malaysia.Negar lain maju kehadapan..kita mundur balik 30 tahun kebelakang..Zaman Bercakap Dengan Jin rupanya berulang kembali..
1 comment:
Pada saya UFO ke, piring terbang ke, alien ke, adalah tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia pada tahap ketamadunan sesuatu masyarakat.
Kita di nusantara, syaitan menjelmakan diri menjadi hantu-hantu yang menjadi ketakutan di dalam budaya masyarakat kita.
Sementara di Amerika yang lebih tinggi taraf teknologinya, syaitan menghidangkan dirinya dalam bentuk alien, UFO dan sebagainya.
Barangkali kejadian UFO di Malaysia menampakkan bahawa syaitan-syaitan ni dah melanjutkan pelajaran ke USA dan negara-negara maju, dan mula memikirkan bahawa Malaysia sudah boleh terima ketakutan mereka dalam bentuk yang lebih berteknologi.
So, itu semua adalah tipu daya syaitan yang bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Namun diakui bila digarap di dalam bentuk movie.... memang best untuk hiburan.... tapi ingat, jangan terbabas akidah sudahnya.
Post a Comment