Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, June 6, 2010

Rokok agenda Yahudi.


Zaman ini kita menghadapi pelbagai cabaran samada berbentuk nyata ataupun hanya berbentuk sebgai samaran,bersembunyi disebalik sesuatu yang nampak seperti baik tetapi menyembunyikan keburukan yang amat nyata.Inilah salah satu agenda Yahudi sejak dari zaman Nabi lagi yang berperanan sebagai barah yang meresap kedalam jiwa umat Islam kini.

Membezakan yang mana lebih buruk antara rokok,judi,arak dan zina pasti amat senang pada sesetengah orang dan sukar pada orang lain.Dalam Islam apa sahaja yang memudaratkan pada diri dan juga perpaduan ummah telah jelas lagi nyata adalah haram hukumnya.Sila rujuk pada artikel ini yang mengupas keburukan rokok.Tiada makna kerajaan menaikkan harga rokok dan juga memaparkan gambar-gambar ngeri pada kotak-kotak rokok jika jiwa dan hati nurani tiada kekuatan menghapuskan ketagihan merokok.

Apakah dengan menambah kawasan larangan merokok akan dapat mengurangkan ketagihan mereka?Tiadakah lagi tindakan yang lebih berkesan selain daripada mengurangkan bilangan rokok dalam kotak dan memahalkan harga akan tidak memungkinkan remaja-remaja pra sekolah menengah tidak dapat membeli dan menghisap rokok?Dahulu melihat sahaja remaja yang bersekolah akan kena hambat keliling sekolah oleh guru atau ibubapa mereka.Kini apa yang terjadi?Masing-masing membutakan mata dan menulikan telinga melihat remaja-remaja kini dengan selamba dan sewenang-wenangnya menghisap rokok dikhalayak ramai.

Kita perlu sedar bahawa kehidupan dan kesihatan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita hendaklah dijaga dan disyukuri bukan diabaikan dan dibinasakan. Merokok memang tidak membunuh secara terus atau serta merta tetapi racun yang terkandung di dalam rokok itu memudaratkan yang boleh menyebabkan kematian maka perbuatan merokok itu samalah seperti membunuh diri. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah An Nisaa' ayat 29 tafsirnya :

"Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama kamu sendiri sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu".

Bagaimanakah pulak jika ibubapa sendiri memberi galakan kepada anak-anak untuk merokok.Mungkin tidak secara langsung akan tetapi jika merokok di depan keluarga itu bererti seperti memberikan motivasi kepad anak bahawa merokok itu tidak salah dan tidak merbahaya dan apabila mereka dewasa pasti mereka boleh merokok.



Tiada tindakan yang konkrik dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun rakyat sendiri mengenai rokok.Tiada terdengar lagi saya khutbah Jumaat pasal merokok ini.Seperti ini adalah kisah tabu yang tidak perlu dibincangkan dan dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.

Amat malang kita di negara yang bertuah ini akan dijajah selamanya dengan bukan sahaja rokok dan pelbagai barangan Yahudi yang menjadi keperluan seharian kita bahkan segala aspek kehidupan kita bagaikan di atur mereka.Tidak akan berjaya dan berubah umat itu dengan sendirinya kecuali mereka sendiri menyedari dan mengubahnya dengan tangan-tangan mereka sendiri.Wallahhualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...