Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, April 17, 2010

Oleh : albanjari
Bahang PRK Hulu Selangor mula panas. Malah kepanasan bahang PRK ini jua turut menenggelamkan isu katak-katak hipokrit yang mewarnai pentas cerita politik bulan lalu. Tidak mustahil, beberapa 'katak' akan dibawa ke Hulu Selangor. Malah sudah banyak 'katak' yang sudah tinggal lama di Selangor dan Kuala Lumpur sejak menang PRU12 yg lalu. Senang cari makan maa..!

Keyakinan yang ditunjukkan oleh BN untuk menang 'besar' juga besar. Jika BN kalah, malulah Najib. Dari 'lebong' Najib, kerajaan BN sudah makin kuat dimata rakyat. Sejauhmana kuatnya, hanya Najib yang tahu.
Sokongan kaum cina juga makin meningkat, kaum cina tak layan 'pembangkang' dah..sekarang ! 1Malaysia makin berjaya. Itu pasal bik momma dah bikin 'bunyi', mau letak PERMATA jika BN menang kelak di Hulu Selangor. Yakin sungguh PM 1Malaysia.

Dan bertambah yakin MIC, bila Samy makin hampir untuk berjaya meletakkan calonnya untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pengundi India meliputi 18.98% atau 12,069 di situ. Dengan dalih, bimbang pengundi India 'koner' kepada pembangkang, Najib pasti tunduk dan wala' akan hasrat Samy. Kini MIC sudah bersedia, masakan tidak ? MIC dah buka 150 polling agennya di Hulu Selangor. Makin cerah peluang MIC naikkan calonnya. Umno pulak gigit 'penyapu' ! Penyapu si Khir Toyo...buat menyapu si airmata ketuanan melayu.
(majoriti pengundi melayu di Hulu Sleangor 54% atau 34,302 pengundi)

Dengan sandaran, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor pada PRU12 lalu, calon pembangkang KALAH di semua tempat(ada majoriti lebih 6 ribu) buat BN makin angkuh untuk julang kemenangan di kerusi 'panas' ini. Lebih-lebih lagi kemenangan majoriti yang memihak kepada PKR hanya 198 undi, makin galak dan sombong BN menguak dada untuk menang kali ini.

Malah gerombolan jentera yang berat-berat dah mula dibawa ke Hulu Selangor. Jalan rosak terus dibaiki, rumah rakyat yang dah hampir tumbang ditegakkan segera. Mana-mana masjid mula dikunjungi oleh wakil Bahagian untuk meninjau peruntukan mana yang perlu diberikan. Juta-juta duit akan ditaburkan lagi. Untung rakyat Hulu Selangor.

Untung juga rakyat Hulu Selangor kerana akan berani memberi undi kepada calon MIC kelak. Malah cakap-cakap dan ugutan Hamidah Osman, ketika dahulu, "india dan ular" akan terus dilupakan orang. Ingat apa kata Midah ? Walaupun beliau telah
memohon maaf, tapi cukupkah setakat itu. Lakonan akan terus berjalan. Itulah politiknya Umno dan MIC. Menjadi 'halal' selepas mohon maaf.

Apapun BN janganlah terlalu yakin sangat untuk menang. Rakyat kini bukan semakin bodoh dan bangang. Rakyat kini tidak mudah dilunakkan. Rakyat semakin cerdik menilai tipudaya BN. 50 tahun beb ! Ada jua benarnya, PKR dan Pakatan perlu banyak 'peluru' untuk menentang asakan serangan BN kelak. Tidak mustahil, jika 'peluru' Pakatan kelak terpaksa guna 'made in Taliban'*, jika peluru itu yang diguna pakai, tidak mustahil BN akan tersungkur lagi di Hulu Selangor. (politik-banjar@albanjariONLINE)

Komen: Sepanjang 10 tahun saya di tinggal di daerah Hulu sel ni..daripada awal kawasan yang agak sunyi sepi(Tahun 1999)...hanya kenderaan yang sedikit dan bandar koboi(Bkt sentosa/Beruntung)..kini telah mendadak kehadiran ribuan penduduk baru dari serata negeri...kilang2 baru tumbuh bersama menghadirkan ribuan jua warga asing yang kini mulai menzahirkan kemakmuran bandar(pekan) yang dulu sepi nih..Bersama itu juga lah segala gejala sosial mulai merebak dan menjadi racun dalam daging buat penduduk di sini...Ini kerana begitu banyak pembanggunan yang terbiar menjadi sarang buat mereka melakukan kegiatan mereka tanpa ada pemantauan daripada pihak berkuasa..

UMNO berretorik saban pilihanraya..banyak jalan2 yang hancur..tiang2lampu hanya jadi perhiasan..(tiada lampu..hanya tiang)..akan tetapi pabila tiba pilihanraya kecil..tup-tup..jalan jadi cantik..ada lampu2 jalan yang menyala..hatta di siang hari pun masih menyala..huh..ajaib sunggguh..memang satu Rahmat ni..ada pulak penduduk yang dikategorikan miskin(ada sebuah proton buruk.tv kecil dll)mendapat rezeki..beras sekampit dan telor ayam sepapan..aisey..miskin benor yer penduduk di sini...beras sekampit pun x larat beli..heh..heh..gula2 tu..ambik jangan tak ambik...pangakah lain cerita...apakah mereka fikir dgn gula2 begini Rakyat di sini tak dapat berfikir dengan waras...selama ini peduduk di Rasa umpamanya hatta pondok menunggu bas pun tak ada..Bertahun mereka merayu meminta pondok basa di pekan Rasa..apa yang mereka dapat..pokok kemerdekaan jugak..Tak tahu la sebelum PRK ni..tetiba je tumbuh kot pondok bas kat situ..wak pun x servey lagi ni..Apapun rakya di hulu Sel.sebenarnya lebih bijak daripada mereka...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...