Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, June 19, 2009

Kajian membawa Miller kepada Islam


Kajian membawa Miller kepada Islam SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI BELIAU seorang pakar dalam bidang matematik. Ini kerana beliau suka sesuatu yang logik, yang boleh diselesaikan melalui kekuatan dan boleh diterima oleh akal. Oleh itu beliau tidak mudah untuk menerima sesuatu itu jika ia tidak logik atau masuk akal. Ini termasuk juga soal pegangan agama. Namun baginya agama Kristian menepati semua prinsip-prinsip saintifik dan ilmu yang menyebabkan beliau tidak sahaja percaya sepenuhnya malah beliau juga seorang yang sangat aktif sebagai seorang paderi. Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada tahun 1978, beliau bercadang untuk membaca kitab suci umat Islam, al-Quran. Niatnya untuk mencari sebarang kesalahan dan kesilapan dalam isi kandungan dan ajarannya. Paderi tersebut, Dr. Gari Miller bercadang mengambil kesempatan setiap kesilapan yang beliau temui dari al-Quran untuk digunakan sebagai senjata melemahkan umat Islam dalam usahanya untuk menarik mereka kepada Kristian. Miller yakin akan menemui pelbagai kesalahan kerana beliau menganggap al-Quran, sebuah kitab agama yang sangat tua. Sudah 14 abad usianya dan pastinya pada hari ini boleh ditemui pelbagai kesilapan di dalamnya. Namun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Beliau yang berasal dari Toronto, Kanada itu, tanpa disangka terus memeluk Islam! Ini kerana beliau langsung tidak menemui sebarang kesilapan dari kitab itu malah yang ditemui hanyalah kebenaran demi kebenaran! Tentu sahaja tanpa sebarang keraguan beliau mengambil keputusan sedrastik itu kerana Miller juga seorang yang sangat arif mengenai kitab Injil. Lantas ini yang membuatkan beliau menemui pelbagai perbezaan antara kedua-dua kitab itu dan mana yang lebih logik untuk diterima oleh akal! Beliau kemudiannya dikenali sebagai Abdul Ahad Omar. Apa yang membuatkan beliau terkejut mengenai al-Quran ialah apabila kitab itu mengandungi lebih banyak kisah mengenai Nabi Isa a.s yang dianggap tuhan dalam Kristian berbanding Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Sedangkan Nabi Muhammad yang membawa dan menyebarkan Islam di muka bumi ini. "Saya lebih terkejut lagi apabila al-Quran memperuntukkan satu surah yang khas, iaitu surah Mariam (Mary) bagi mengisahkan ibu Nabi Isa sedangkan jika Mariam itu benar-benar ibu kepada seorang 'tuhan' dalam Kristian, beliau sepatutnya layak diceritakan dalam tajuk atau surah yang khas di dalam kitab Injil. "Tetapi perkara seperti itu tidak pernah terjadi malah tidak ditemui. Malah yang lebih mengharukan saya, mengapa Siti Mariam yang terpilih kisahnya dicatatkan dalam satu surah sedangkan beliau hanya ibu kepada Nabi Isa, mengapa al-Quran tidak mengutamakan sama ada Siti Aishah, isteri Rasulullah mahupun Siti Fatimah, anak perempuan baginda untuk dirakam dalam surah-surah khas, sedangkan mereka lebih layak kerana memberikan sumbangan yang besar kepada Islam?," ujar Abdul Ahad. Namun yang lebih mengejutkan Abdul Ahad ini apabila dalam al-Quran juga disebutkan Nabi Isa itu sebanyak 25 kali berbanding Nabi Muhammad yang empat kali sahaja disebutkan dalam kitab suci itu. Ini menjadikannya semakin keliru. Beliau tidak menyangka bahawa Nabi Isa dijelaskan oleh Allah sebagai menghapuskan kekeliruan di kalangan penganut Kristian yang selama ini menganggap bahawa Nabi Isa itu adalah tuhan. Tetapi oleh kerana ketika itu niatnya hendak mencari sebarang kesalahan, Abdul Ahad terus berusaha membongkar setiap isi kandungan al-Quran. Beliau tetap percaya kesilapan pasti akan wujud di mana-mana walaupun kitab itu telah memberi banyak jawapan yang benar mengenai soal kenabian Isa dan bukannya tuhan sebagaimana yang disangka oleh umat Kristian. Namun Abdul Ahad terus menerima kejutan demi kejutan. Apa yang lebih memeranjatkan apabila makna ayat al-Quran, iaitu dari surah an-Nisa' ayat 82, seolah-olah tepat ditujukan kepada beliau. Abdul Ahad benar-benar terduduk dan terkejut. Firman Allah yang bermaksud: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan (ikhtilafan) yang banyak di dalamnya... (an-Nisa': 82). Tidak tergambar perasaan terkejut beliau, seolah-olah Allah tahu niat buruknya itu. Ini menjadikan Abdul Ahad tidak lagi terdaya meneruskan niatnya itu kecuali menerima hakikat dan kebenaran yang terbentang di hadapannya itu kini. Sebelum itu beliau pernah bertanyakan kepada kalangan umat Islam yang lain, sama ada Nabi Muhammad itu seorang nelayan atau ahli pelayaran. Tentu sama sekali tidak, kerana seumur hidup baginda, baginda tidak pernah keluar kecuali berada di padang pasir yang tandus dan tidak pernah menuju ke mana luar dari Tanah Arab apatah lagi melalui jalan laut. Ini menyebabkan Abdul Ahad kehairanan. Jika benar bagai dikatakan itu, bagaimana al-Quran itu mampu bercerita mengenai keadaan laut yang bergelora, tiupan angin dan kedudukan awan dan sebagainya sedangkan Nabi Muhammad yang beliau tuduh sebagai menulis semua isi kandungan kitab itu bukan seorang ahli pelayaran atau nelayan! Menurut Abdul Ahad, menerusi al-Quran pelbagai kelogikan akal dan menepati kehendak sains, beliau temui. Ayat 30 surah al-Anbiyaa' misalnya, adalah apa yang selama ini para saintis kaji dan temui. Iaitu; Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu (kanataa). Lalu kami pisahkan kedua-duanya (fafataknaahuma) dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup (minnal ma'ie) dan mengapa mereka tidak mahu beriman? Kata beliau, ayat ini merupakan apa yang selama ini para saintis kaji mengenai asal kejadian alam dan hidupan di muka bumi ini bagi melayakkan memenangi anugerah Nobel pada tahun 1973. "Iaitu penemuan TeoriGreat Explosion (Letusan Hebat) yang antara lain mendapati bahawa bumi ini terhasil dari satu kejadian letupan yang paling hebat dan kuat yang pernah berlaku yang membawa kepada pemisahan antara kedudukan bumi dengan langit dan planet-planet yang lain," kata Abdul Ahad. Namun hakikat al-Quran yang beliau tidak nafikan kebenarannya apabila Allah menyebut betapa Yahudi itu benar-benar musuh Islam walaupun puak-puak itu mendakwa mereka melayani umat Islam sebagai kawan. "Jika Yahudi mendakwa sedemikian rupa, mengapa Allah berkata yang sebaliknya pula, mesti ada sesuatu yang tidak kena pada al-Quran ini," kata Abdul Ahad sebelum mengucap syahadah. Namun dalam banyak ayat dalam Kitab itu akhirnya Abdul Ahad menyedari kebenaran bahawa Yahudi itu memang musuh Islam. Ia sebagaimana yang terbukti berlaku pada hari ini apabila puak itu sentiasa mengambil kesempatan untuk memerangi umat Islam dalam apa juga bentuk. Beliau kini adalah seorang pendakwah yang aktif dan komited dalam menjelaskan kebenaran Islam terutama dari aspek sains. Buku karangannya, The Amazing al-Quran menceritakan segala-galanya. Terlalu banyak di dalam bukunya itu yang mendedahkan pelbagai lagi aspek fakta kebenaran al-Quran yang tidak dilihat dari satu satu-satu sudut semata-mata malah kepincangan kitab Injil turut menjadi tumpuan dalam bukunya itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...