Pages
▼
Saturday, April 16, 2011
Kuasa Rakyat
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Aal-e-Imran ayat 26
Hari ini rakyat Sarawak akan memilih pemimpin mereka dan hari ini rakyat mendapat kuasa mereka yang sebenar melalui peti undi.Memilih pemimpin merupakan satu titik permulaan bagi mereka menentukan kehidupan yang selesa dan akan menjamin masadepan anak cucu mereka.Kesilapan yang lalu mengajar mereka supaya kali ini kesilapan itu tidak berulang lagi.
Tergadainya harta dan tanah adat mereka kepada manusia-manusia yang mereka sendiri pilih dahulu sebagai pemimpin telah cukup memberikan pengajaran yang amat berguna buat mereka.Kini masanya telah tiba untuk mereka berubah.Berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.Sesungguhnya Allah yang Maha Kuasa memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.Moga perjuangan PR mendapat restu Allah dan mendapat kemenangan.
Link berkaitan.....
http://greenboc.blogspot.com/2011/04/terang-dan-nyata-rakyat-sarawak.html
http://tukartiub.blogspot.com/2011/04/dayak-bangun-berontak.html
No comments:
Post a Comment
Sila berikan komen yang membina dan memberikan kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.