Pages

Saturday, May 1, 2010

Mengapa Umat Islam Lemah?

Mengapa Umat Islam Lemah?
Apabila ahli ibadah tidak takutkan Tuhan, akhlak mereka hilang,
mereka telah menjatuhkan maruah Islam
secara tidak sedar kepada pandangan orang

Apabila pejuang-pejuang Islam menjadi militan,
keindahan Islam hilang
Kepercayaan orang kepada Islam hilang,
mereka takut dengan Islam dan umat Islam

Apabila orang yang rajin ke masjid tidak ada disiplin
orang yang tidak datang lebih baik daripada yang datang
Orang yang datang telah mencemarkan rumah Allah,
yang tidak datang mungkin ada keuzuran

Apabila umat Islam mundur,
orang lain akan menyangka ajaran Islamlah
yang menjadi penyebab kemunduran

Padahal umat Islam telah lari daripada ajarannya
Di antaranya umat Islam hidup nafsi-nafsi
Rasa bersama dan bekerjasama
di antara yang miskin dan yang kaya tidak ada

Cerdik pandai dengan yang tidak terpelajar tidak seia sekata
Kekayaan individu tidak dapat dirasa merata dan bersama
Tenaga orang miskin tidak punya bersama masing-masing ada haluan

Orang bandar dengan orang kampung
macam ayam hutan dengan ayam kampung
Akhirnya perpaduan dan persatuan tidak ada
Tidak terjadi satu di dalam ramai, ramai di dalam satu
Maka terjadilah salah satu sebab bangsa menjadi lemah
Lebih-lebih lagilah Tuhan sudah tidak dipeduli sekalipun ahli-ahli
ibadah

Tuhan ada dengan tiada sama saja pada mereka
Pejuang-pejuang Islam pula banyak memperkatakan syariat,
mempromosikan Tuhan amat sedikit sangat

Padahal Tuhan adalah aset pertama dan utama
Tuhan tidak dimanfaatkan oleh umat Islam
kerana harta lebih besar dan utama kepada mereka

Tuhan pun membiarkan kita
Padahnya kita rasa bersama, kita hina di mana-mana

Insaflah wahai umat Islam!
Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa
Kita akan Tuhan bela

No comments:

Post a Comment

Sila berikan komen yang membina dan memberikan kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.