Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, May 4, 2013

Usaha,Tawakal dan doa..


Apabila Musa 'alayhi al-Salam bersama Bani Israel yang beriman berdiri di tepi Laut, ikhtiar mereka sebagai manusia sudah sampai ke penghujungnya. Di hadapan mereka laut, di belakang mereka tentera Firaun yang juga seperti laut. Mereka dikepung dari segenap penjuru.

Pada ikhtiar manusia, tamatlah sudah sebuah usaha.

Tetapi Tuhan menyuruh kita berusaha, bukan bererti segala-galanya bergantung kepada usaha kita. Tuhan memerhatikan kita. Setelah kita benar-benar berusaha, dan berada di hujung usaha, segala jerih payah kita tidak akan Tuhan biarkan ia sia-sia.

وَاتْرُكِ الْبَحْرَ رَهْوًا إِنَّهُمْ جُندٌ مُّغْرَقُونَ

"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)" [al-Dukhan 44:24]

Laut terbelah!

Musa dan Bani Israel menyeberanginya dengan aman.

Firaun dan tentera-tentera angkuhnya ditenggelamkan!

Solusi bencana ini terjadi secara yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [al-Talaq 65: 2-3]

Demikianlah iktibar al-Quran, buat kita menelusi kehidupan, di zaman dan situasi yang pelbagai.

PRU13 DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA

Kita berusaha segala yang kita mampu, untuk memastikan hak rakyat mengundi dengan bersih dan adil, dicapai. Siapa sahaja yang menang atau kalah, kita sebagai rakyat yang terdidik dengan prinsip-prinsip yang sejahtera, dan Rukunegara itu sendiri, apatah lagi sebagai Muslim dengan Rukun Islam dan Rukun Iman mereka, menerima keputusan pilihanraya dengan hati yang terbuka.

Seperti 12 pilihanraya yang lalu.

Namun, perkembangan sehari dua ini amat menyedihkan. Dan usaha meminta penyelesaian seperti tidak diendahkan. Pesawat Jumbo Jet yang tiba dari seberang pada kadar yang menyalahi kebiasaan, menyebabkan semangat kita kecundang.

Tetapi Tuhan yang membelah Laut untuk Musa, adalah Tuhan yang terlalu mudah bagi-Nya menumpaskan perancangan manusia. Jangan kita lupa. Dia bersama kita. Dia menyuruh kita membanyakkan doa. Dia menyuruh kita 'babitkan' Dia.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. [al-An'ām 6: 123]

وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. [al-Naml 27:50]

Bermunajatlah!

Hari ini hari Surah al-Kahf!

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...